Status Terkini
Dah singgah jangan lupa Follow :)

Wednesday, April 20, 2016

Pengalaman Form 6

Dear Diary ,


Diary ? Haha. Sukahati aku lah kan? Blog aku. Well, harini aku nak cerita sikit pengalamana aku sepanjang aku jadi form 6 . Fyi, aku dah sem 2 sekarang ni dah nak sem 3 dah pun. Tapi, aku still rasa yang aku ni tak patut kat sini. Aku motivated orang tapi diri sendiri? Hahahaha so confuse. Okay. Kembali kepada tajuk utama. Pengalaman? Hmm.. First macam mana aku boleh tersesat dekat sini.


Masatu aku tengah kerja lagi. Aku kerja kat 7Eleven depan Mydin MITC . Pekerja kat situ ? Boleh lah tahan sporting tapi semua dah berhenti sebab apa? aku pun tak tahu. Ngeee . Dah lost contact dah pun. And one day , member aku call tanya nak masuk form 6 tak? Aku pada awalnya still menunggu Universiti tapi dah member ajak kan . Aku pun terpikirlah juga. So alang-alang tu aku search google sebab aku taknak lah masuk form 6 ini tanpa manfaat. Tapi setelah aku searching searching dan searching. Aku nampak lah manfaat dia. Nak tahu ? Okay jap.

Ni salahsatunya, dapat terus sambung ijazah. Lagipun, tempoh from 6 ni setahun setengah je. So dari situ korang dah jimat masa tau. Diploma dalam 2 tahun jugak kan ? and peluang untuk masuk IPT ni lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain dan yuran juga lebih murahh. tu sahaja kesimpualan manfaat form 6 selebihnya ada dekat blog cikguhilmi.

Okay, sambung balik. Masa aku sem 1 mula-mula mood belajar tu tak sampai lagi (sekarangpun) tapi kena teruskan juga lah. Sebab prinsip aku senang je. Dah buat keputusan jangan PATAH BALIK. Sebab pada aku , mesti ada hikmahnya. jangan tengok orang sebab rezeki masing-masing. Cikgu-cikgu kat sini pun layan korang lain dari yang lain. Maksud aku, cikgu-cikgu tak layan kau macam budak sekolah. Macam sekolah aku ni, hari Isnin sahaja yang kena join perhimpunan lain hari takde. sem 1 takde ape nak cerita sangat, Melainkan kau kena hadap perpisahan lah. Sebab rata-ratanya akan pindah ke politeknik ataupun universiti. Sem 2 pun ada tapi kurang lah. Sem 2 ni tough sikit . Sebab aku dah kena pergi 3 kem. Kau bayangkan lah. lepas je exam , kena pergi kem. ,lepas je exam kena pergi kem . muka aku dari putih (takde lah putih , cerah je heheh) terus bertukar gelap dah macam negro or nigga. Tapi penat-penat juga dalam penat tu ada pengalaman dia ada manis dia . k lah aku nak gi rehat dulu . aku dalam kelas ni . nanti aku sambung balik bila takde cikgu . chaww .