Status Terkini
Dah singgah jangan lupa Follow :)

Wednesday, April 20, 2016

Pengalaman Form 6

Dear Diary ,


Diary ? Haha. Sukahati aku lah kan? Blog aku. Well, harini aku nak cerita sikit pengalamana aku sepanjang aku jadi form 6 . Fyi, aku dah sem 2 sekarang ni dah nak sem 3 dah pun. Tapi, aku still rasa yang aku ni tak patut kat sini. Aku motivated orang tapi diri sendiri? Hahahaha so confuse. Okay. Kembali kepada tajuk utama. Pengalaman? Hmm.. First macam mana aku boleh tersesat dekat sini.


Masatu aku tengah kerja lagi. Aku kerja kat 7Eleven depan Mydin MITC . Pekerja kat situ ? Boleh lah tahan sporting tapi semua dah berhenti sebab apa? aku pun tak tahu. Ngeee . Dah lost contact dah pun. And one day , member aku call tanya nak masuk form 6 tak? Aku pada awalnya still menunggu Universiti tapi dah member ajak kan . Aku pun terpikirlah juga. So alang-alang tu aku search google sebab aku taknak lah masuk form 6 ini tanpa manfaat. Tapi setelah aku searching searching dan searching. Aku nampak lah manfaat dia. Nak tahu ? Okay jap.

Ni salahsatunya, dapat terus sambung ijazah. Lagipun, tempoh from 6 ni setahun setengah je. So dari situ korang dah jimat masa tau. Diploma dalam 2 tahun jugak kan ? and peluang untuk masuk IPT ni lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain dan yuran juga lebih murahh. tu sahaja kesimpualan manfaat form 6 selebihnya ada dekat blog cikguhilmi.

Okay, sambung balik. Masa aku sem 1 mula-mula mood belajar tu tak sampai lagi (sekarangpun) tapi kena teruskan juga lah. Sebab prinsip aku senang je. Dah buat keputusan jangan PATAH BALIK. Sebab pada aku , mesti ada hikmahnya. jangan tengok orang sebab rezeki masing-masing. Cikgu-cikgu kat sini pun layan korang lain dari yang lain. Maksud aku, cikgu-cikgu tak layan kau macam budak sekolah. Macam sekolah aku ni, hari Isnin sahaja yang kena join perhimpunan lain hari takde. sem 1 takde ape nak cerita sangat, Melainkan kau kena hadap perpisahan lah. Sebab rata-ratanya akan pindah ke politeknik ataupun universiti. Sem 2 pun ada tapi kurang lah. Sem 2 ni tough sikit . Sebab aku dah kena pergi 3 kem. Kau bayangkan lah. lepas je exam , kena pergi kem. ,lepas je exam kena pergi kem . muka aku dari putih (takde lah putih , cerah je heheh) terus bertukar gelap dah macam negro or nigga. Tapi penat-penat juga dalam penat tu ada pengalaman dia ada manis dia . k lah aku nak gi rehat dulu . aku dalam kelas ni . nanti aku sambung balik bila takde cikgu . chaww .

Wednesday, November 25, 2015

Intro Baru

Assalamualaikum guys ,

nama sebenar bukan anis sebenarnya . tapi lyana . so salam perkenalan buat semua . yanaa baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni akibat bosan sangat dan tak tahu nak buat apaa . so ceritanya macam ni , dari dulu lagi yana main blog ni tapi tak tahu macam mana nak cantik kan blog ni . so yanaa pun tanya lah kawan yanaa and she voluntee untuk buatkan . and tak lama lepastu , yanaa bukak pada tahun lepas ada nama anis pulak . hahahaha . tak tahu lah mana dia rembat . but , thanks . cantik blog ni . korang pun mesti suka kan? kalau nak ikutkan yanaa nak tukar jadi kan cantik balik dengan menggunakan nama sendiri tapi yanaa tak reti lah . banyak yang dah berubah kat blog ni yang membuat berlakunya kekeliruan . so boleh tak you guys cadangkan macam mana nak tukar that intro ni . lepastu gambar-gambar yang kiut-kiut ni . alahai . melting nyaaa . hahahaha . tolong ye kawan-kawan :) . LH

Thursday, February 14, 2013

JANGAN JADI MACAM NI

assalamualaikum semua !!

dah lama Yaya tak updated belog. Rindu sangat-2 !! korang rindu Yaya tak ? mesti tak kan ? Yaya tahu tu.. tapi takpe, biar Yaya sahaja yang rindu korang.

Thursday, January 31, 2013

TRADISI PERKAHWINAN PELIK DI DUNIA|



PERKAHWINAN pasti merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Ini termasuk bagi pasangan Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, yang menamatkan zaman bujang mereka pada 17 November lalu di Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah.
“Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat,” kata Fahmi.
Dia juga yakin, pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama isterinya.
Fazira yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula berazam untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.
Pasangan ini dianggap unik disebabkan usia Fazira yang terlalu muda. Begitupun, ada banyak lagi cerita unik dan pelik pasangan pengantin yang terjadi di seluruh dunia.
Di Itali, sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat ‘sah nikah’.
Culik
Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama.
HANDSA berkahwin dengan anjing kerana takut dimakan harimau.
Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.
Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.
Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.
Apabila upacara pernikahan ‘mengusir syaitan’ selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.
“Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti,” kata bapanya.
Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.