PERKAHWINAN pasti merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Ini termasuk bagi pasangan Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, yang menamatkan zaman bujang mereka pada 17 November lalu di Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah.
“Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat,” kata Fahmi.
Dia juga yakin, pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama isterinya.
Fazira yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula berazam untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.
Pasangan ini dianggap unik disebabkan usia Fazira yang terlalu muda. Begitupun, ada banyak lagi cerita unik dan pelik pasangan pengantin yang terjadi di seluruh dunia.
Di Itali, sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat ‘sah nikah’.
Culik
Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama.
HANDSA berkahwin dengan anjing kerana takut dimakan harimau.
Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.
Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.
Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.
Apabila upacara pernikahan ‘mengusir syaitan’ selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.
“Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti,” kata bapanya.
Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.
anjing tu comel tak??hee
ReplyDelete