Status Terkini
Dah singgah jangan lupa Follow :)

Thursday, January 31, 2013

TRADISI PERKAHWINAN PELIK DI DUNIA|



PERKAHWINAN pasti merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Ini termasuk bagi pasangan Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, yang menamatkan zaman bujang mereka pada 17 November lalu di Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah.
“Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat,” kata Fahmi.
Dia juga yakin, pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama isterinya.
Fazira yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula berazam untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.
Pasangan ini dianggap unik disebabkan usia Fazira yang terlalu muda. Begitupun, ada banyak lagi cerita unik dan pelik pasangan pengantin yang terjadi di seluruh dunia.
Di Itali, sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat ‘sah nikah’.
Culik
Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama.
HANDSA berkahwin dengan anjing kerana takut dimakan harimau.
Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.
Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.
Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.
Apabila upacara pernikahan ‘mengusir syaitan’ selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.
“Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti,” kata bapanya.
Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.


Petua Kuruskan badan


1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

Monday, January 28, 2013

SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

_________________________________________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 

Friday, January 18, 2013

Nurin Jazlin

assalamualaikum semua :)

Yaya nak tanya,kenal Nurin Jazlin tak ? Siapa tak kenal ? Kak Ngah gelaran keluarganya. Korang rasa budak yang mungkin baru berumur berapa tahun je tu dan kena deraan seksual. Betapa azabnya dia kena masa dia masih hidup. Apalah nasib dia kan ? kalau ada yang masih tak ingat nie Yaya nak tunjuk selepas Yaya search kat internet.

Kes pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman yang berumur 8 tahun, sudah tiga tahun berlalu tanpa berita. Okey kita flashback balik, apa yang berlaku kepada mangsa. Mayat Nurin Jazlin Jazimin ditemui disumbat di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya. Pada mulanya ada sinar harapan, sebabnya?
5016211335 38a98007d1 Kes Pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Apa Jadi?
Sebab terdapat gambar CCTV berjaya merakamkan kelibat “individu” membawa beg berkenaan yang dipercayai suspek. Tetapi sehingga ke hari ini tiada tangkapan ke atas suspek untuk kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dan didakwa. Masalah timbul apabila ciri-ciri gambar-gambar yang berjaya dirakam berada dalam keadaam kualiti rendah.
Persoalannya sekarang ini, bagaimana perjalanan siasatan bagi kes pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman ini? Adakah ia perlu mengambil masa berapa tahun lagi untuk kes ini terus disiasat atau kes ini sudah ditutup? Nampaknya selama tempoh 3 tahun ini, penjenayah tersebut boleh terus menarik nafas lega.
5016817442 d16316f1a2 Kes Pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Apa Jadi?
Apa gunanya ada CCTV di merata-rata jika CCTV yang dipasang tiada kualitinya? Sudah sampai waktunya, mungkin kita boleh memasang CCTV yang “berkualiti”, di seluruh pelusuk kawasan yang “selalu jadi perhatian” atau hot spot seperti yang banyak diamalkan di negara-negara luar supaya siasatan dapat dijalankan dengan lebih baik. Mungkin boleh dilaksanakan……
Persoalannya yang kedua mengapa jikalau melibatkan VVIP, laju sahaja siasatan dilakukan. Di sini sudah nampak double standard. Adakah disebabkanNurin Jazlin Jaziman ini merupakan anak pemandu teksi, kes ini pun nampak suam-suam kuku sahaja? Betulkah situasi ini berlaku ketika ini? Itu belum masuk lagi apabila kes jenayah yang dikatakan ada kaitan dengan kelibat VVIP seperti apa yang berlaku kes pembunuhan Noritta Samsuddin. Akhirnya Hanif Basree dilepaskan, dan kes tersebut terus senyap. Ehem…



ini semua dari internet. okay, ramai yang cakap salah mak bapak dia sebab biarkan anak dia keluar sorang-sorang. Tapi ini dah takdir. kalau itu bahagian keluarga dan arwah sendiri patut terima tak boleh nak buat apa lah . Ada hikmah nye 

Wednesday, January 16, 2013

Confius !

assalamualakum semua,


okay, yaya nak tanya something nie. yaya berumur 16 tahun. Dan yaya teringin sangat nak buat novel ! tapi yaya baru nak belajar format untuk peperiksaan Spm. patutkah Yaya lupakan hasrat Yaya ? atau Yaya teruskan ? Tapi, yaya ada buat satu novel. tapi sekerat jalan je sebab masalah teknikal ! kompute yang khas untuk karangan atau lain-lain rosak pulak adik kerjakan. ! tak dapat nak teruskan ! so, korang rasa macam mana ? bagi maklum balas okay ?

Tuesday, January 15, 2013

Malang bebeno :)

Assalamualaikum semua,


             

semalam macam-macam jadi. hanya 1 kertas 2 kali naik turun tangga. First, pagi-pagi tu kertas tak bawa. okay, Yaya hanya photostat dan kemudian buat semula. Time rehat pulak Yaya ingat nak sambung buat Sejarah balik lah kan , yelah cikgu sejarah Yaya tu kalau mood dia tak baik dia akan marah-marah. So, daripada cari bala, baik Yaya buat.


          Masalah menimpa lagi, bila pula kertas tu hilang. Dan waktu memang semua dah keluar, biasa lah waktu rehat kan? nasib baik Yaya nie pengawas. so, boleh lah Yaya curi masa untuk cari. Tapi tak jumpa. Yaya amik keputusan untuk cari kawan Yaya nak tanya ada nampak tak kertas Yaya tapi dia kata takde. Naik balik tangga untuk ke kelas. Yaya nampak kawan Yaya dalam kelas. sepatutnya tak boleh ada dalam kelas, Yaya ingat nak pinjam kertas dia dan photostat. tapi dia tak kasi pula.



          Yaya tengok meja depan Yaya tu ada kertas sejarah,Yaya terpaksa turun lagi sekali untuk photostat buat kali kedua. tepat-tepat je sampai dah bunyi loceng. Makcik yang photostat tu pula slow je buat kerja. orang tengah risau nie. tapi sabar jelah. Bila dah siap Yaya pun naik lah kelas balik. untuk pengetahuan kelas yaya tu memang jauh. kena naik tangga pastu jalan pastu naik tangga lagi. sampai kelas tengok cikgu disiplin masuk untuk gantikan cikgu yang tak dapat datang. nasib baik dia tak perasan Yaya sebab Yaya masuk senyap-senyap. tercungap-cungap lah jugak sampai pening dan nak muntah pun ada gak. tapi sabar jelah kan, yelah masalah tu datang daripada kita sendiri.


P/S: jangan bersikap sambil lewa dengan kerja sekolah anda :) jadikan pengajaran okey :)


         


Photography Graphics

Sunday, January 13, 2013

Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam

salam,
Hari ini Yaya nak join satu segmen nie. First time Yaya join segmen nie :)



Follower sekarang 19 Follower  jer..
mula-mula tu segan jugak nak join segmen nie tapi macam best. nak try jugak :)
             

Study hard :)

assalamualaikum reader's
     

        Hai semua, Apa khabar ? okie dokie lah ye ? hehehe... esok sekolah tapi kerja sekolah dah siap ke belum ? Dah siap ? Betul nie ? Untunglahh awokk dah siapkan kerja sekolah ! Yaya punya? belum lagi *muka sedih. Yaya punya kerja sekolah banyak lah . sebab tu lah tak boleh siapkan *banyak alasan. Korang doakan Yaya dapat siapkan kerja sekolah ye !




Study Hard !! Masa form 4 inilah kena study hard + study smart ! siapa yang sebaya dengan Yaya ? sama-sama lah kita berjuang untuk SPM akan datang. In Shaa Allah. Tapi kalau nak ikutkan tahun nie mama Yaya macam longgarkan sikitlah untuk Yaya daripada tahun lepas. Tapi tahun nie Yaya dah bertekad untuk tebus PMR yang dulu dengan SPM. Walaupun Spm tu 10 kali lebih susah daripada PMR tapi Yaya yakin yang Yaya boleh buat. Yang sebaya dengan Yaya pun mesti boleh buat punya lah  :) Keep smile okey ! jangan muka tegang je :)

Minta share :)

assalamualaikum reader's

Yaya nak minta tolong kepada Fatin Hazwani. Macam mana nak buat seperti gambar di bawah ini ?

mintak tolong share kan tutorial untuk ini :)

Terima Kasih :)




assalamualaikum reader's 
gambar diatas menunjukkan 17 orang sahaja. tapi bagi Yaya itu dah banyak juga lah. Yaya taknak cakap banyak tapi nak ucap kan terima kasih je sebab korang dah follow Yaya.itu tandanya korang support Yaya. tak lupa jugak kat kawan Yaya yag banyak bantu Yaya iaitu MinSya

Exchage Links :)

Assalamualaikum reader's







Apa kenama, sihat belaka ? hehe.. dah macam Zizan pula. Okey lah, nampak tak perubahan blog Yaya ? Tak nampak ? Nampak beno mu tak selalu singgah atau tak pernah singgah :). Tapi kalau singgah tu jangan lupa follow blog Yaya yang tak seberapa. Kasi support sikit :). Lepas tu tegur Yaya kat Cbox tu yang kawan Yaya penat-penat buat kan untuk Yaya supaya senang untuk Yaya nak follow korang balik okey ?




Faham tak apa yang Yaya taip ? Mesti merapu kan ? Haha.. biasa lah budak baru nak pikir idea untuk dicoret-coretkan di blog. Lagi satu, jangan lupa untuk exchange link dengan Yaya. Kalau nak tahu, tekan perkataan exchange link yang dekat atas tu. Nampak tak ? Bagus-bagus.. okey lah Yaya Nak BW kat blog-blog yang cantik dan nice gitu..
Photography Graphics

Saturday, January 12, 2013

MAHARAJALAWAK MEGA 2012

Assalamualaikum reader's Yaya nak tanya korang, tengok MAHARAJALAWAK MEGA 2012 tak semalam ? Okay, apa pendapat korang tentang tema mereka semalam ? PERIBAHASA dan SILENT kan ? korang rasa korang boleh buat tak ? Kalau Yaya lah kan, dah lama tarik diri. Tapi, itu lah tugas diorang. Tapi kesian kat Zizan semalam. Macam takde idea pun ada gak. Tapi Yaya sedih tengok masyarakat orang sekarang. Kalau tak suka dengan persembahan diorang, komen lah yang baik-baik sahaja. Yaya tengok kat youtube tadi, macam-macam perkataan kesat yang keluar tentang persembahan diorang iaitu peserta-peserta MAHARAJALAWAK MEGA 2012. Korang ingat senang ke nak buat lawak ? Kalau suruh korang buat pun mesti korang tak boleh buat kan ? Kalau nak komen tu, agak-agak sikit bahasa tu. Kat youtube ada negara lain yang boleh tengok dan faham sangat dengan bahasa korang. Tapi, Yaya suka dengan semangat Zizan yang mewakili Jozan. ini membuktikan bahawa bukan Johan sahaja yang mencurahkan idea selama ini. Tapi walau apa-apa pun, Johan kalau ada pasti idea JOzan lebih mantap ! keep up the good work ! *macam wulan guritno pulak P/s: Yaya minta maaf kalau terkasar bahasa tapi Yaya bagi pendapat sahaja dan jadikan ingatan . Okay ? Minta maaf *sambil tunduk kepala.

DAH TUKAR

assalamualaikum semua !

nampak tak perubahan blog Yaya ? 3 jam Yaya tengok freebies and tutorial daripada . terima kasih kerana sharing-sharingkan tutorial. Kalau boleh tolonglah buatkan header untuk yaya pulak ye :) hehe.. (muka tak malu) dan juga kepada http://duniaimpianfatin.blogspot.com untuk tutorialnya yang sangat simple dan menjadi. terima kasih juga kepada kawan yaya kerana dah tolong buatkan blog ini kepada yaya. lastly,(speaking kau ) terimakasih banyak-banyak.

Friday, January 11, 2013

Tak Dapat Masuk Teknik :(

Assalamualaikum semua yang baca, 
Okey, Yaya nak tanya. siapa diantara yang baca blog Yaya nie mohon teknik ? Jumaat lepas result keluar kan ? Amacam ? Dapat tak ? Yaya pun ada mohon jugak tapi.....TAK DAPAT ! tahu tak apa perasaan Yaya ?


Macam gambar diatas ! sedih sangat...  sebab Yaya ada confident sikit lah yang Yaya boleh dapat. sebab cikgu kata masuk teknik minimum dia semua B. Tapi Yaya tak dapat. And then, tetiba Yaya dapat tahu sekolah yang Yaya pilih tu, sekolah untuk result dia 5A ke atas je.. Memang patutlah, sebab Yaya punya result bukan sebagus mana pun. Takpe ada hikmahnye disebalik semua ini. Yaya terima dengan reda. 

Note:Yaya dapat tahu dari blog kawan Yaya yang kawan sekelas Yaya dulu iaitu Adiba Hasya dapat masuk. Tahniah Yaya ucapkan. 


Thursday, January 10, 2013

Budak baru dalam blog ini :)

assalamualaikum semua,
hai, saya lyana. umur ? 16 tahun je. terus terang jelah ye. saya ni budak baru dalam blog. jika ada ternampak seperti header atau apa-apa edit yang saya buat. jangan marah tau ! saya memang nak credit nama korang tapi macam yang saya cakap. saya ini budak baru. jadi saya minta maaf sangat-sangat lah. kata orang sharing is caring. kalau tak keberatan tolonglah share kan entri-entri yang menarik dengan saya. berkenaan dengan diri saya, saya sangat menyukai novel dan pernah membuat novel tetapi tidak dapat disiapkan kerana masalah teknikal. kalau korang ada idea-idea yang menarik tentang jalan cerita untuk novel saya. jangan segan-segan untuk share dengan saya di email saya iaitu hazwanielyana@yahoo.com.my . jangan lupa untuk follow twitter saya @Lhazwanie . sampai disinin sahaja. bye. dah baca jangan lupa follow !