Yaya nak tanya,kenal Nurin Jazlin tak ? Siapa tak kenal ? Kak Ngah gelaran keluarganya. Korang rasa budak yang mungkin baru berumur berapa tahun je tu dan kena deraan seksual. Betapa azabnya dia kena masa dia masih hidup. Apalah nasib dia kan ? kalau ada yang masih tak ingat nie Yaya nak tunjuk selepas Yaya search kat internet.
Kes pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman yang berumur 8 tahun, sudah tiga tahun berlalu tanpa berita. Okey kita flashback balik, apa yang berlaku kepada mangsa. Mayat Nurin Jazlin Jazimin ditemui disumbat di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya. Pada mulanya ada sinar harapan, sebabnya?
Sebab terdapat gambar CCTV berjaya merakamkan kelibat “individu” membawa beg berkenaan yang dipercayai suspek. Tetapi sehingga ke hari ini tiada tangkapan ke atas suspek untuk kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dan didakwa. Masalah timbul apabila ciri-ciri gambar-gambar yang berjaya dirakam berada dalam keadaam kualiti rendah.
Persoalannya sekarang ini, bagaimana perjalanan siasatan bagi kes pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman ini? Adakah ia perlu mengambil masa berapa tahun lagi untuk kes ini terus disiasat atau kes ini sudah ditutup? Nampaknya selama tempoh 3 tahun ini, penjenayah tersebut boleh terus menarik nafas lega.
Apa gunanya ada CCTV di merata-rata jika CCTV yang dipasang tiada kualitinya? Sudah sampai waktunya, mungkin kita boleh memasang CCTV yang “berkualiti”, di seluruh pelusuk kawasan yang “selalu jadi perhatian” atau hot spot seperti yang banyak diamalkan di negara-negara luar supaya siasatan dapat dijalankan dengan lebih baik. Mungkin boleh dilaksanakan……
Persoalannya yang kedua mengapa jikalau melibatkan VVIP, laju sahaja siasatan dilakukan. Di sini sudah nampak double standard. Adakah disebabkanNurin Jazlin Jaziman ini merupakan anak pemandu teksi, kes ini pun nampak suam-suam kuku sahaja? Betulkah situasi ini berlaku ketika ini? Itu belum masuk lagi apabila kes jenayah yang dikatakan ada kaitan dengan kelibat VVIP seperti apa yang berlaku kes pembunuhan Noritta Samsuddin. Akhirnya Hanif Basree dilepaskan, dan kes tersebut terus senyap. Ehem…
ini semua dari internet. okay, ramai yang cakap salah mak bapak dia sebab biarkan anak dia keluar sorang-sorang. Tapi ini dah takdir. kalau itu bahagian keluarga dan arwah sendiri patut terima tak boleh nak buat apa lah . Ada hikmah nye
semoga rohnya tenang disisi Maha Pencipta :')
ReplyDeleteAmin..
ReplyDelete